Tuesday, May 26, 2009

KoPutri beli klinik RM8.2 juta

[Utusan: 11.05.2009] - KoPutri beli klinik RM2.8 juta

[Utusan Malaysia, 11.05.2009]

***RALAT JUMLAH SEBENAR PEMBELIAN BANGUNAN ADALAH RM8.2 JUTA


Oleh Khairul Abidin Nuar
bisnes@utusan.com.my

Korporat

KUALA LUMPUR 10 Mei - Koperasi Putri Terbilang Malaysia Bhd. (KoPutri) telah memeterai perjanjian pembelian dua lot bangunan bernilai RM 2.8 juta milik Sambhi Clinic Maternity & Gynaecological Centre untuk mewujudkan Koop Medical Centre.

Perjanjian itu bertujuan memberikan nilai tambah dalam mewujudkan khidmat rawatan kesihatan meliputi rawatan sakit puan dan pesakit luar pada kadar minimum kepada ahlinya.

Usaha itu juga seiring dengan hasrat koperasi itu untuk melancarkan Skim Khairat Kesihatan khusus untuk kemudahan ahli.

Pada majlis yang dimeterai baru-baru ini, KoPutri diwakili Setiausahanya, Sharifah Aminah Al-Habshee manakala Sambhi Clinic diwakili oleh Datuk Dr. J.S. Sambhi. Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua KoPutri, Datuk Noraini Ahmad.

Noraini berkata, oleh kerana kos rawatan dan perubatan kini mahal, pihaknya berharap pengambilan alih itu dapat membantu mengurangkan bebanan ahli-ahli koperasi tersebut.

"Bagaimanapun, pusat perubatan ini juga dibuka kepada orang awam tetapi kadar berbeza," jelasnya.

Ditanya tentang rasional pembelian Sambhi Clinic, Noraini berkata, klinik itu telah beroperasi sejak 37 tahun yang lalu dan mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap.

"Sambhi Clinic juga mempunyai pekerja yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), ini selari dengan dasar koperasi yang tidak mendiskriminasikan ahlinya.

"Kami juga berhasrat meneruskan pengambilan pekerja OKU kerana sebagai koperasi, kami mengutamakan kepentingan kebajikan ahli-ahli dan tidak menumpukan keuntungan semata-mata," katanya.

KoPutri yang didaftarkan pada tahun 2006 kini disertai 12,000 orang termasuk 7,000 ahli lelaki. Kutipan caruman yang dikenakan ialah serendah RM15 sebulan meliputi yuran simpanan dan yuran kebajikan.

Selain Koop Medical Centre, KoPutri berhasrat memperluas cawangan di seluruh negara termasuk pemberian biasiswa pelajaran, penyediaan taska dan memperhebat Skuad Kasih Puteri, program sedia ada yang dijalankan untuk mengurangkan kemiskinan tegar di negara ini.

Sementara itu, Sharifah Aminah berkata, setakat ini KoPutri membayar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pembelian bangunan itu.

KOPUTRI Ambil Alih Sambhi Clinic

KOPUTRI Ambil Alih Sambhi Clinic

Oleh Zaidatul Syreen Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Selepas menawarkan kepakaran dalam bidang perubatan, dengan pengkhususan dalam perkhidmatan obstetrik dan ginekologi selama 37 tahun, Sambhi Clinic di Jalan Medan Tuanku di sini, yang membantu proses kelahiran lebih 20,000 bayi, akan bertukar tangan setelah anggota keluarga pemilik klinik itu tidak berminat meneruskan perniagaan keluarga itu.

Datuk Dr J.S. Sambhi, pemilik pusat perubatan itu merancang menjual kliniknya kepada pihak lain setelah tiga anaknya, semuanya kini berada di luar negara, tidak berminat meneruskan minat beliau membuka klinik terbabit.

Bagaimanapun, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Bhd (KOPUTRI) menjadi penyelamat dengan mengambil alih klinik itu menerusi urus niaga bernilai RM8.2 juta.

Perjanjian pembelian itu dimeterai di sini pada Rabu, antara Yang Dipertua KOPUTRI Datuk Noraini Ahmad dan Dr Sambhi.

Noraini berkata pembelian klinik itu, yang akan dinamakan semula sebagai KOOP Medical Centre, akan membolehkan ahli koperasi mendapat khidmat perubatan kesihatan pada kadar yang minimum.

"Seiring dengan penubuhan KOOP ini, pihak koperasi akan melancarkan Skim Khairat Kesihatan untuk kemudahan ahli," katanya.

Dengan pelancaran Skim Khairat Kesihatan, koperasi juga akan melancarkan KOOP Medical Card bagi memudahkan ahli semasa membuat pendaftaran di kaunter apabila menggunakan perkhidmatan di KOOP Medical Centre, katanya.

Sehingga ini, terdapat 12,000 ribu anggota yang berdaftar dengan KOPUTRI.

KOPUTRI didaftarkan pada 9 Mac, 2006 mengikut subseksyen 7 (1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.

KOPUTRI menjalankan aktiviti pendidikan, perkhidmatan pengguna jimat-cermat, pinjaman kepada kakitangan kerajaan, Insurans, Tabung Pendidikan, kemudahan penginapan, taska dan biasiswa pendidikan kepada anggotanya.

KOPUTRI beroperasi di seluruh negara, dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur serta mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak.

Mengenai perasaannya melepaskan klinik itu, Dr Sambhi berkata beliau "tertekan" dan sedih kerana sudah membantu melahirkan lebih 20,000 bayi di situ.

"Saya pernah menerima pesakit dari Slim River, Melaka, Kuantan, malah Indonesia, untuk bersalin di sini. Dulu, tidak banyak hospital. Hanya kami (Sambhi Clinic), Assunta dan satu dua lagi," katanya kepada Bernama pada temu bual di kliniknya.

Dr Sambhi berkata klinik itu begitu sentimental kepadanya kerana ia seperti rumah keluarga dan bukan sebuah klinik.

"Mereka yang datang ke sini terdiri daripada pekerja atau pesakit, mereka seperti keluarga saya sendiri, mereka masih datang berjumpa saya, terutama apabila mengetahui saya akan melepaskan klinik ini," kata Dr Sambhi.

"Namun bila sudah sampai masanya, saya perlu berundur!" katanya bergenang air mata.

-- BERNAMA

SAMBHI CLINIC TO BECOME KOOP MEDICAL CENTRE

By Zaidatul Syreen Bernama - Sunday, May 10

KUALA LUMPUR, May 10 (Bernama) -- After being in the medical field mastering in obstetrics and gynaecology for the past 37 years, the family-run Sambhi Clinic, at Jalan Medan Tuanku here, will soon cease to exist as the family's next generation has been reluctant to take over.
ADVERTISEMENT

In place, a new name will be given to the clinic following the sale of the clinic in a RM8.2 million deal on Wednesday.

The medical centre's owner Datuk Dr J S Sambhi took to disposing off the clinic to other parties after his three children, all abroad currently, were not keen to continue his labour of passion at the clinic, where over 20,000 babies had been delivered over the years.

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Bhd (KOPUTRI) turned to be the 'white knight' acquiring the clinic which will be renamed KOOP Medical Centre.

The sale and purchase agreement was signed on Wednesday by the Chief of KOPUTRI, Datuk Noraini Ahmad, and Dr Sambhi.

Noraini said the clinic has been acquired to enable its members to get medical services at a minimum rate.

"In line with the establishment of KOOP, the cooperative will be launching a medical benefit scheme for the convenience of its members," she said.

With the scheme, the cooperative will also launch the KOOP Medical Card to provide members the convenience when registering at the counters to use the services of the medical centre.

Todate, KOPUTRI has 12,000 members registered with it.

The cooperative, registered on March 9, 2006 under the Cooperative Act 1993 subsection, carries out educational activities, savings programmes, loans for government staff, Insurance, and also runs kindergardens, and rest houses.

KOPUTRI has operations nationwide while its headquarters are in Kuala Lumpur and it also has branch offices in Sabah and Sarawak.

When asked about his feelings on letting the clinic go, Dr Sambhi said he was "depressed" and sad because he had delivered over 20,000 babies in the clinic for the past 37 years.

"I had ladies coming from Slim River, Melaka, Kuantan and even Indonesia to give birth here. Those days there were very few hospitals around. There were us (Sambhi Clinic), Assunta and two or three more," he told Bernama in an interview at the clinic.

Dr Sambhi said the clinic was of great sentimental value to him and that it was more like a family place than a clinic.

"Those who came in here as workers or patients were more like my family. They still come by to see me on and off, especially now that they know I will be letting this clinic go off soon," Dr Sambhi added

"But when it's time to go, I have to go!" he said with teary eyes.

-- BERNAMA

ZSR LES SD

EduDrama Utusan Malaysia hidupkan budaya berdrama

PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA 25 MAC 2009

BERITA

EduDrama Utusan Malaysia hidupkan budaya berdrama



NOH Omar menyerahkan sumbangan tajaan Koperasi Puteri kepada Dr. Shuhaizam Zain sambil diperhatikan oleh Wahid Hashim (dua kiri) dan Sharifah Aminah Al-Habshee pada majlis Penyampaian Tajaan EduDRama ADaP - Drama Utusan 2009 di Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Program EduDrama ADaP-Utusan Malaysia dapat membantu menghidupkan semula budaya berdrama di peringkat sekolah yang semakin jarang dipraktikkan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar berkata, jika drama yang dipersembahkan diselitkan dengan unsur-unsur sejarah khususnya berkaitan hak dan kedaulatan orang Melayu ia dengan sendirinya dapat memupuk semangat kesetiaan kepada raja dan negara.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, program ini juga dapat dijadikan alat memupuk rasa hormat-menghormati di kalangan pelajar berbilang kaum dan agama serta menjadikan mereka lebih berani dan bijak berinteraksi.

''Jadi saya mencadangkan agar drama-drama yang bakal dipertandingkan diselitkan dengan unsur-unsur sejarah seperti kisah tokoh-tokoh pejuang bangsa.

''Contohnya Hang Tuah kerana ia dapat mendidik pelajar yang mengambil bahagian dan yang menjadi penonton untuk menghayati konsep kesetiaan kepada raja dan akibat menjadi penderhaka," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan tajaan EduDrama Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia 2009 Peringkat Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini.

Tajaan itu disumbangkan oleh Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KoPutri) yang bernilai RM25,000.

Hadir sama Pengurus Unit Pendidikan Utusan, Wahid Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hikmat Insan Malaysia (Yahim), Dr. Shuhaizam Zain dan Setiausaha KoPutri, Sharifah Aminah Al-Habshee.

Menurut Noh lagi, program EduDrama ini dapat mencungkil bakat para pelajar yang berminat dengan bidang seni dan mereka ini boleh dibantu untuk meneruskan bakat mereka ke peringkat lebih tinggi.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KoPutri yang menaja EduDrama Utusan Malaysia dan juga kepada Yahim dan Utusan Malaysia yang menganjurkan program ini di Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencadangkan supaya program EduDrama Utusan Malaysia turut diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

''Jika ia dijalankan kelak, saya cadangkan agar mereka memberi penekanan kepada sejarah bagaimana dan kenapa Institut Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA) dan seterusnya Mara ditubuhkan.

''Ia akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar MRSM khususnya pelajar Melayu agar tidak malu untuk memperkatakan tentang keistimewaan bangsa mereka sendiri," kata beliau lagi.

Sementara itu, Wahid ketika ditemui selepas majlis penyerahan berkata, Kementerian Pelajaran telah bersetuju menjadikan EduDrama sebagai acara tahunan kementerian dan mengisi kalendar sekolah-sekolah seluruh negara.

''Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat yang diadakan baru-baru ini," katanya.