Monday, December 15, 2008

Skuad UKHWAHcare di Yan Kedah

Sumber : Utusan Malaysia 15 Disember 2008 / 17 Zulhijjah 1429

www.utusan.com.my

Nasib keluarga Mat terus dibela


Sharifah Aminah Al Habshee (kanan) membantu Norsidah Abu memilih pakaian sekolah Mohd. Wafi, Mohd. Adam, Ima Edayu dan Mastuti Nursiti Atikah (kiri sekali) bagi persiapan sesi persekolahan 2009 di sebuah pasar raya di Gurun, Kedah, semalam.


YAN 14 Dis. - Kisah keperitan hidup Mohd. Norshahrul Amri Anuar, 14, di sini yang pernah dipaparkan Utusan Malaysia beberapa bulan lalu terus mendapat pembelaan apabila Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) menjadi pihak terbaru tampil membantu kesusahan keluarga remaja itu.

Selain menyumbang barangan makanan dan keperluan asas, Ukhwah hari ini turut membeli kelengkapan persekolahan untuk Mohd. Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat dan enam lagi adiknya sebagai persiapan mereka memasuki sesi persekolahan baru tahun depan.

Empat adik Mat yang masih bersekolah ialah Mastuti Nursiti Atika, 13, Ima Edayu, 11, Mohd. Adam, 9, dan Mohd. Wafi, 7, manakala pasangan kembar Mohd. Ellyas, 5, serta Mohd. Ellyasaq, 5, akan memasuki pra sekolah.

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Aminah Al-Habshee berkata, pihaknya juga akan menjadikan Mastuti sebagai anak angkat kepada koperasi berkenaan selepas mendapat persetujuan keluarganya.

"Mastuti akan dimasukkan ke asrama di Kuala Lumpur dan pembiayaan persekolahannya ditanggung sepenuhnya oleh Ukhwah sehingga dia tamat tingkatan lima. Ini adalah antara usaha koperasi untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga itu.

"Kami berusaha membantu agar anak-anak keluarga miskin seperti ahli keluarga Mat tidak tercicir daripada alam persekolahan," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi rumah Mat di Titi Bakong di sini hari ini.

Nasib Mat yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan harian RM10 untuk menyara lapan adiknya setelah bapanya dipenjarakan mengundang simpati pelbagai pihak selepas kisahnya disiarkan dalam Utusan Malaysia pada penghujung September lalu.

Selain pelbagai bantuan dihulurkan bagi meringankan beban keluarganya, Mat juga dapat kembali ke sekolah selepas mendapat sokongan pelbagai pihak yang mahu memastikan dia tidak lagi tercicir dalam pelajaran.

Dalam pada itu, ibu Mat, Norsidah Abu, 30, melahirkan rasa terharu dengan sumbangan Ukhwah yang membelikan kelengkapan persekolahan untuk anak-anaknya yang tidak mampu dilakukan oleh keluarganya itu.

Katanya, keluarganya tidak mempunyai pendapatan tetap dengan hanya mampu mengharapkan bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala suaminya yang dibebaskan dari penjara awal bulan ini masih mencari pekerjaan.

"Anak-anak saya sebelum ini ada meminta baju sekolah yang baru tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan itu kerana duit yang ada perlu digunakan untuk perbelanjaan harian.

''Hari ini saya berasa amat terharu dan berterima kasih kerana permintaan anak-anak saya itu dipenuhi menerusi sumbangan Ukhwah. Saya juga bersyukur kerana Mastuti turut dijadikan anak angkat koperasi,'' katanya.

Tuesday, August 26, 2008

SKUAD UKHWAHcare DI KUALA KANGSAR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SUMBER UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 22/10/2008

PELAJAR MISKIN TERIMA BIASISWA UKHWAH

KUALA KANGSAR Empat pelajar miskin yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah ini dipilih menerima Biasiswa Kecil Maulidur Rasul Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah).

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Amirah Al-Habshee berkata, biasiswa berjumlah RM60 sebulan itu akan diberikan kepada pelajar terbabit sebaik sahaja mereka melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu sehinggalah tamat tingkatan lima.

''Kita menawarkan biasiswa ini kerana tidak mahu anak-anak keluarga miskin yang cemerlang dalam pelajaran tercicir daripada alam persekolahan.

''Mereka ini bijak dalam pelajaran tetapi menghadapi masalah melanjutkan persekolahan kerana ibu bapa miskin, mempunyai adik-beradik yang ramai dan anak kepada ibu tunggal," katanya ketika ditemui semasa menyampaikan cek kepada empat pelajar yang dipilih menerima biasiswa itu di sini kelmarin.

Empat pelajar yang dipilih menerima biasiswa itu ialah Nurul Fatin Shahirah Mohd. Zaharuddin, Abdul Rahim Basharudin, Nor Akmalina Abu Kassim dan Mohd. Badrul Mohd. Isa yang kesemua mereka berusia 12 tahun.

Menurut Sharifah Amirah, pihaknya mendapat kerjasama Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Rohaiza Yang Yussof untuk mencari dan mengenal pasti pelajar-pelajar yang sesuai menerima biasiswa tersebut.

Monday, August 18, 2008

akhirnya..

dah lama dah nak buat blog macam kawan-kawan yg lain-lain..tp masa saja tak mengizinkan..so harap adalah masa nak up date blog pula bila dah ada blog ni..